Ahad, 25 Jun 2017

Skuad MyTeam buat kejutan awal



ARKIB : 26/04/2006

PETALING JAYA - Pasukan bola sepak MyTeam membuat kejutan pertama apabila menewaskan skuad Liga Perdana, PKNS 1-0 dalam perlawanan persahabatan di padang PKNS di sini, semalam.

Gol sendiri jaringan pemain PKNS pada minit ke-52 mengejutkan peminat bola sepak melihat pasukan cukup berpengalaman itu yang berada di tangga kedua Liga Perdana Kumpulan B, rebah.

Gol berpunca daripada sepakan bebas di luar kotak penalti PKNS yang ditampan oleh pemain pertahanan dan bola bergolek masuk.

Secara keseluruhan pasukan MyTeam jelas masih kekurangan pengalaman berbanding PKNS.

Sebahagian besar rentak permainan lebih berpihak kepada PKNS ketika kesebelasan utama MyTeam terkial-kial mengatur gerakan.

Malah boleh dikira serangan yang diatur oleh MyTeam hanya sekali sekala apabila bola mudah dipintas pertahanan PKNS.

Malah PKNS yang mempunyai banyak peluang di depan gol lawan disia-siakan oleh kegopohan dua penyerang utama, Roman Chmelo dan Elvis Coric.

Buat MyTeam, masih banyak yang perlu mereka perbaiki menjelang pertemuan dengan pasukan kebangsaan pada 28 Mei ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0426&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4l4lMH0K8
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan