MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
17 DISEMBER 2016
PKNS FC PKNS FC mendapat lampu
hijau untuk beraksi dalam saingan Liga-M 2017.
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia
(FAM) mengesahkan PKNS FC boleh menyertai Liga Malaysia (Liga-M) 2017 selepas
mesyuarat Undang-undang dan Peraturan FAM, semalam, lapor MUHAMMAD ZAKWAN
NAZARALY.
Timbalan Presiden FAM, Datuk
Seri Afandi Hamzah berkata, PKNS sebenarnya tidak tertakluk kepada
undang-undang pergabungan dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) seperti
diperkatakan sebelum ini.
“Saya nak jelaskan di sini
bahawa semua pasukan yang bertanding dalam Liga Super dan Liga Perdana adalah
tertakluk kepada satu perjanjian yang dinamakan perjanjian perkongsian.
“Perjanjian perkongsian ini
menjadikan semua pasukan yang bertanding dalam Liga Super dan Liga Perdana
adalah rakan kongsi kepada Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia
(FMLLP).
“Ini bermakna mereka tidak
perlu berada dalam gabungan untuk menyertai Liga Super dan Liga Perdana,”
katanya.
Mengulas lanjut, kata Afandi,
setelah pentaksiran yang dilakukan oleh FAM, PKNS juga tidak berada dalam dua
keadaan yang akan menyebabkan perjanjian itu terbatal.
“Pertama PKNS tidak tersingkir
ke Liga FAM dan masih berada di bawah FMLLP apabila berjaya layak ke Liga
Super.
“Dan keduanya, mereka tidak
dipecat oleh FAM. Maka mereka sah bermain dalam Liga Malaysia musim depan”
katanya
SUMBER- SINAR HARIAN
ONLINE 17 DISEMBER 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan