Isnin, 23 Oktober 2017

Wira PKNS kempunan beraksi



 
Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
FADHIL (kiri) tidak dapat beraksi malam ini kerana menjalani penggantungan perlawanan.
  
SELEPAS dijulang sebagai wira minggu lalu, Mohd. Fadhil Hashim terpaksa menjadi penonton ketika pasukannya, PKNS Selangor menentang skuad Harimau Muda pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini.

Fadhil dianggap wira pasukannya apabila menjaringkan gol tunggal ketika PKNS menang tipis 1-0 ke atas Sabah di Kompleks Sukan Tawau Jumaat lalu.

Namun, selang 60 minit kemudian, Fadhil, 25, dilayangkan kad kuning kedua seterusnya kad merah, sekali gus menyaksikan pemain sayap kiri itu bakal kempunan beraksi menentang Harimau Muda malam ini.

Menurut Fadhil, biarpun berasa sedikit terkilan kerana digantung satu perlawanan, dia tetap berpuas hati kerana dapat membantu PKNS mencuri tiga mata penuh di tempat lawan minggu lalu.

“Memang gembira kerana jaringan awal saya itu dapat bertahan sehingga penghujung perlawanan seterusnya memberi kemenangan kedua berturut-turut buat PKNS selepas kami menewaskan Shahzan Muda minggu lalu.

“Terima kasih juga kepada rakan-rakan lain kerana dapat mempertahan pintu gol daripada asakan bertubi-tubi penyerang Sabah selepas saya kena kad merah,” katanya ketika dihubungi KOSMO! semalam.

Dalam perlawanan itu, Fadhil menerima kad kuning pertama selepas dia menanggalkan jersi bagi meraikan jaringannya pada minit ke-13 sebelum dia dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-73 selepas mengasari pemain Sabah.

Tambahnya, kemenangan ke atas Sabah itu juga terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi kerana selain dirinya, dua lagi pemain utama PKNS iaitu K. Sanbagamaran dan Yuzaiman Zahari turut cedera dalam perlawanan tersebut.

“PKNS bakal hilang tiga pemain bagi menghadapi Harimau Muda esok (malam ini). Tapi secara peribadi, saya yakin pemain yang mengisi kekosongan itu nanti dapat memberikan yang terbaik,” ujar Fadhil.

Bekas pemain Selangor itu berkata, dia akan kembali beraksi apabila PKNS menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Selayang Jumaat ini

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4wNKneMtj
Hakcipta terpelihara

Jumaat, 29 September 2017

PKNS ‘tutup buku’ Liga Malaysia



ARKIB : 31/05/2007
Oleh: AMRAN MULUP

SHAH ALAM – Kelab-kelab bola sepak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor tidak lagi dibenarkan untuk menyertai Liga Malaysia mulai musim depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, keputusan itu adalah wajar untuk menjadikan hanya satu pasukan iaitu Selangor bersaing dalam Liga Malaysia.

Menurut beliau, ia akan menjadikan Selangor sebagai pasukan yang cukup mantap dan memiliki ramai pemain tempatan yang diletakkan di bawah satu bumbung.

‘‘Bagi saya biarlah Selangor sahaja yang bersaing dalam Liga Malaysia dan tidak perlu ada kelab-kelab daripada PBT mengambil bahagian musim depan.

‘‘Ini akan menjadikan Selangor sebuah pasukan yang kuat kerana ada ramai pemain tempatan daripada pasukan PBT boleh menyertai skuad Merah Kuning.

‘‘Jika ramai pemain, kita akan bentuk skuad Selangor B,’’ katanya sewaktu bersarapan pagi bersama skuad Liga Super, Piala Presiden dan Piala Belia Selangor di kediaman rasmi beliau di sini, semalam.

Ini bermakna PKNS satu-satunya kelab gabungan FAS yang bersaing dalam Liga Perdana musim ini tidak akan menyertai kempen Liga Malaysia musim depan.

Tentang kejayaan Selangor setakat ini, beliau berkata, ini membuktikan betapa anak tempatan berwibawa menjanjikan kejayaan.

‘‘Apabila saya memaklumkan bahawa Selangor tidak akan menggunakan khidmat pemain import musim ini dan bergantung harapan kepada pemain muda, ramai pihak sangsi dengan keupayaan kita.

‘‘Ramai beranggapan apabila bermula kempen musim 2006/07 Selangor akan menjadi pasukan belasahan tetapi sebaliknya hari ini kita lihat Selangor mara ke separuh akhir Piala FA dan suku akhir Piala Malaysia,’’ tegas beliau.

Beliau mengakui jurulatih Dollah Salleh ada menemuinya melahirkan rasa resah untuk mengharungi saingan Liga Malaysia dengan kelibat pemain bawah 23 tahun.

Namun, katanya, setelah beliau menyakinkan Dollah bahawa Selangor mampu merintis kejayaan tanpa pemain import nyata ia menjadi kenyataan.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0531&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4u84DQLmy
© Utusan Melayu (M) Bhd

Rabu, 27 September 2017

TERKINI LIGA SUPER 27.9.2017



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Sarawak          0-2       Kedah
                           m-8 Ken Ilso
                           m-45 Baddrol Bakhtiar

T-Team            0-0       Pahang
                                   
Perak   0-0       Pulau Pinang
                                   
Melaka United            1-0       Selangor
m-6 Jasmin Mecinovic                       
           
Kelantan          0-0       PKNS

Selasa, 1 Ogos 2017

KEPUTUSAN PENUH PIALA MALAYSIA 1.8.2017


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB    
T-Team            4-1       Negeri Sembilan
m-25 Asrol Ibrahim    
m-41 Wan Ahmad Amirzafran

Pahang            6-0       PKNP
m-28,m-52 Wan Zaharulnizam          
m-33,m-42 Joseph Kalang Tie

Kumpulan B
Felda United   3-2       PKNS
                                    m-31 Bobby Gonzales

Perak         2- 0 Kuala Lumpur
m-22 Gilmar   
m-27 Kenny Pallraj


Kumpulan C
Kedah 1-0       UiTM
m-23 Liridon Krasniqi

Kumpulan D
Johor Darul Ta'zim      5- 0      Terengganu
m-18 pen Safawi Rasid          
m-38 Fadhli Shas       



TERKINI MASA KEDUA PIALA MALAYSIA 1.8.2017


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB    
T-Team            2-0       Negeri Sembilan
m-25 Asrol Ibrahim    
m-41 Wan Ahmad Amirzafran

Pahang            4-0       PKNP
m-28 Wan Zaharulnizam        
m-33 Joseph Kalang Tie

Kumpulan B
Felda United   1-2       PKNS
m-31 Bobby Gonzales

Perak         2- 0 Kuala Lumpur
m-22 Gilmar   
m-27 Kenny Pallraj


Kumpulan C
Kedah 1-0       UiTM
m-23 Liridon Krasniqi

Kumpulan D
Johor Darul Ta'zim      4- 0      Terengganu
m-18 pen Safawi Rasid          
m-38 Fadhli Shas       


Ahad, 25 Jun 2017

Skuad MyTeam buat kejutan awal



ARKIB : 26/04/2006

PETALING JAYA - Pasukan bola sepak MyTeam membuat kejutan pertama apabila menewaskan skuad Liga Perdana, PKNS 1-0 dalam perlawanan persahabatan di padang PKNS di sini, semalam.

Gol sendiri jaringan pemain PKNS pada minit ke-52 mengejutkan peminat bola sepak melihat pasukan cukup berpengalaman itu yang berada di tangga kedua Liga Perdana Kumpulan B, rebah.

Gol berpunca daripada sepakan bebas di luar kotak penalti PKNS yang ditampan oleh pemain pertahanan dan bola bergolek masuk.

Secara keseluruhan pasukan MyTeam jelas masih kekurangan pengalaman berbanding PKNS.

Sebahagian besar rentak permainan lebih berpihak kepada PKNS ketika kesebelasan utama MyTeam terkial-kial mengatur gerakan.

Malah boleh dikira serangan yang diatur oleh MyTeam hanya sekali sekala apabila bola mudah dipintas pertahanan PKNS.

Malah PKNS yang mempunyai banyak peluang di depan gol lawan disia-siakan oleh kegopohan dua penyerang utama, Roman Chmelo dan Elvis Coric.

Buat MyTeam, masih banyak yang perlu mereka perbaiki menjelang pertemuan dengan pasukan kebangsaan pada 28 Mei ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0426&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4l4lMH0K8
© Utusan Melayu (M) Bhd

Isnin, 29 Mei 2017

MK Land, PKNS curi perhatian



ARKIB : 29/04/2005

Oleh AMRAN MULUP

KUALA LUMPUR - Kancah saingan Liga Perdana kian bertambah rancak sambil melihat beberapa negeri seperti Selangor, Kedah, Terengganu dan Negeri Sembilan meneruskan aksi cemerlang.

Buruan dua tempat ke saingan Liga Super musim depan dengan perjuangan kian sampai ke penghujung menjadikan saingan bertambah rancak dan sama ada dalam Kumpulan A atau pun Kumpulan B.

Ketika tumpuan ke atas keempat-empat pasukan tersebut, dua pasukan berstatus kelab iaitu MK Land dan PKNS mencuri perhatian di kalangan peminat bola sepak Liga Malaysia.

Tidak sampai seminggu MK Land yang dilatih oleh bekas pemain Selangor dan kebangsaan, Khan Hung Meng menghasilkan 13 gol daripada dua perlawanan.

Satu kejutan MK Land apabila membelasah pasukan penuh pengalaman dalam Liga Malaysia, Brunei 6-0, giliran NTFA pula digeggar dengan kemenangan 7-1, kemenangan terbesar dalam saingan Liga Malaysia setakat ini.

Keupayaan jentera serangan MK Land diterajui Marlon Alex James dan Miloslav Toth memberi amaran kepada pendahulu Kumpulan A, Selangor dan Kedah bahawa pasukan itu tidak boleh diperkecilkan.

Daripada 10 perlawanan, MK Land berjaya menghasilkan 32 gol dan masih kekal di tangga kedua di belakang Selangor dengan dua mata.

Masalah benteng pertahanan yang tidak ampuh nyaris menyaksikan Selangor kempunan untuk membawa pulang tiga mata berharga.

Kemenangan tipis 4-3 ke atas Kuala Lumpur pastinya memberi tekanan kepada jurulatih Dollah Salleh walaupun jentera serangan mereka cukup ampuh menerusi Bambang Pamungkas dan Brian Fuentes.

Bagaimanapun, Selangor masih belum boleh menarik nafas lega walaupun masih kekal sebagai pendahulu Kumpulan A dengan 25 mata diekori rapat oleh MK Land.

Pertembungan Ahad ini bakal mencuri perhatian di mana MK Land berpeluang buat kali kedua untuk memintas Selangor merampas kedudukan tangga teratas.

Ketika MK Land menanti kunjungan TNB di tempat sendiri, Selangor pula berdepan tugas paling getir berdepan dengan Kedah di Stadium Darul Aman, perlawanan yang menjadi tumpuan peminat bola sepak.

Kedah pula turut memahatkan kemenangan besar membelasah TNB 5-0, kemenangan yang membolehkan skuad Kenari untuk turut sama mencabar kedudukan skuad Merah Kuning.

Sehebat saingan dalam Kumpulan A, begitu juga pertarungan sengit dalam Kumpulan B melihat skuad Terengganu terus unggul di persada tangga teratas liga.

Jaringan tunggal pemain import Luis Fernando Gomez pada minit ke-10 membantu kemenangan tipis Terengganu ke atas Johor meletakkan skuad penyu dengan 25 mata, kelebihan tiga mata mengatasi Negeri Sembilan.

Kedudukan skuad Penyu itu belum dijamin selamat sambil melihat Negeri Sembilan turut memahatkan kemenangan tipis menewaskan Sarawak 3-2 di tempat lawan.

Negeri Sembilan kini berada di tangga kedua dengan memungut 22 mata pastinya memberikan tekanan kepada Terengganu.

Turut mencabar kedudukan kedua-dua pasukan tersebut ialah PKNS yang meneruskan aksi cemerlang mereka yang berterusan untuk memahatkan kemenangan selesa.

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0429&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4iSI32v3a
© Utusan Melayu (M) Bhd