ARKIB : 23/02/2004
JUARA Piala Malaysia, MPPJ Selangor mencatat keputusan seri kedua
dalam kempen Kumpulan B bola sepak Liga Perdana apabila terikat 1-1
dengan Kelantan di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu semalam.
Penyerang sensasi dari Argentina, Juan Manuel Arostegui menyumbat gol
pendahuluan MPPJ pada minit ke-54 tetapi Mohd. Faizal memastikan
Kelantan turut mengutip satu mata apabila menjaringkan gol penyamaan
pada baki dua minit permainan.
Emir Dzefic pula muncul penyelamat Melaka di Stadium Selayang, Selayang apabila menjaringkan gol pada minit ke-30 ketika bertemu MK Land Selangor selepas kedudukan sebelum itu terikat 1-1.
Melaka mendahului pada minit ke-10 menerusi percubaan Sabri Hanif sebelum MK Land mendapat gol penyamaan menerusi sepakan penalti Abou Nabuchi pada minit ke-25.
Terengganu pula meraih keputusan seri kedua setelah terikat 1-1 dengan tuan rumah, SKMK Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Alfa Potowa Bawi menjaringkan gol Terengganu seawal minit kesembilan tetapi Abdul Latif Jusoh menyelamatkan SKMK, yang terpaksa menjadikan Stadium Sultan Ismail sebagai gelanggang sendiri, apabila menyepak masuk gol penyamaan pada minit ke-90.
Dalam persaingan Kumpulan A, PKNS Selangor terus unggul di tangga teratas apabila menundukkan JPS Kelantan 4-1 di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya.
Ramon Chmelo menjaringkan dua gol pada minit ke-55 dan 80 manakala Anton Kubala dan Rusdi Suparman menyumbang gol masing-masing pada minit ke-18 dan 47.
Sementara itu, Johor FC sekadar berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan Polis di Stadium Pasir Gudang.
Tentera pula menang 1-0 ke atas TNB Kelantan di Stadium Matsushita, Shah Alam, terima kasih kepada jaringan Mohd. Fadhil Amon.
KEPUTUSAN
KUMPULAN A
JOHOR FC 1 POLIS 1
PKNS SELANGOR 4 JPS KELANTAN 1
TNB KELANTAN 0 TENTERA 1
KUMPULAN B
SKMK KELANTAN 1 TERENGGANU 1
MK LAND SELANGOR 1 MELAKA 2
KELANTAN 0 MPPJ SELANGOR 1

Tiada ulasan:
Catat Ulasan