ARKIB : 12/05/2004
PKNS Selangor terpaksa berhempas pulas untuk layak ke suku akhir bola
sepak Piala FA dengan kemenangan agregat 5-4 selepas tewas 3-2 kepada
MK Land dalam aksi kedua pusingan ketiga di Stadium Petaling Jaya,
semalam.
Skuad itu harus menarik nafas lega dengan kejayaan ke suku akhir, jika tidak dengan kelebihan agregat selepas mencatat kemenangan 3-1 pada perlawanan pertama minggu lalu.
PKNS selesa mendahului 2-0 menerusi Shahrunizam Saidin yang membuka jaringan pada minit ke-14 sebelum disusuli dengan jaringan kedua pada minit ke-20 oleh Mohamad Sudin.
Bagaimanapun, MK Land merapatkan jurang dengan gol pertama sepuluh minit kemudian menerusi jaringan Mohd. Fairuz Mohd. Nor untuk kedudukan 2-1 sehingga waktu rehat.
MK Land gagal mencari gol penyamaan sebaik permainan disambung namun pada baki 10 minit perlawanan, Meor Nor Samsul Kamal dan pemain import, Uchena Godwin berjaya menemui sentuhan di depan gol dengan jaringan masing-masing pada minit ke-80 dan 83.
Begitupun, kemenangan itu gagal membawa MK Land ke suku akhir.
Di Stadium Selayang, Tentera turut layak ke suku akhir dengan kemenangan agregat 3-2 biarpun tewas 1-0 kepada Polis, semalam.
Gol kemenangan Polis pada perlawanan itu dijaringkan oleh David Anas pada minit ke-70 tetapi gagal mengatasi Tentera yang memiliki kelebihan agregat selepas Polis tewas 3-1 pada perlawanan pertama.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan